BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

PELIK TAPI BENAR: RAKYAT CHINA PALING KUAT BUAT SEKS



LONDON – Kajian terbaharu firma penyelidik antarabangsa AlterNet dan pengeluar kondom terbesar dunia, Durex mendapati rakyat China berada di tempat pertama dari segi kepuasan seks berbanding negara lain di dunia, lapor media pada Isnin.
Penemuan cukup memeranjatkan ramai pakar seksologi itu mendedahkan, warga China paling kuat seks sehingga banyak kedai peralatan seks beroperasi di semua bandar selain bisnes secara online alat permainan seks amat laris di pasaran.
Dianggarkan 78 peratus orang dewasa di China melakukan persetubuhan dengan pasangan sekurang-kurangnya seminggu sekali malah ekspo pameran dan penjualan barangan seks yang diadakan di Shanghai sudah pun memasuki tahun ke-12.

Durex yang diasaskan di Britain sejak 1915 dengan mengeluarkan lebih satu bilion kondom setahun menerusi 18 buah kilang di seluruh dunia menjelaskan, kriteria tertinggi kepuasan seks diperoleh hasil rasa saling cinta-mencintai antara suami isteri.
Faktor berikutnya untuk mencapai ukuran kenikmatan seks yang bahagia ialah kehidupan tanpa stress diikuti kemampuan orgasme atau tempoh ejakulasi yang lama, tahap kesihatan batin dan kekerapan mengadakan hubungan kelamin.
Tempat kedua kajian itu ialah Jerman apabila didapati rakyat negara Eropah itu bebas bersuara mengenai seks secara terbuka di sekolah dan tempat kerja selain 32 peratus pernah melakukan zina spontan semalaman tanpa komitmen ikatan.
Kedudukan ketiga dimenangi oleh Brazil disumbangkan faktor cuaca hangat tropika dan festival samba tahunan yang menampilkan ramai gadis jelita berpakaian seksi diikuti pesta seks bebas dalam kalangan rakyatnya dan pelancong asing.
Statistik menunjukkan 82 peratus warga Brazil melakukan seks sebanyak 145 kali setahun atau tiga kali seminggu menyebabkan majoriti anak dara rakyat negara Amerika Latin itu hilang keperawanan lebih cepat berbanding negara lain. 
Negara berikutnya ialah Australia dengan kajian mendapati 27 peratus penduduk Australia mengaku pernah berasmara di dalam kereta dan hampir 30 peratus wanita Australia mengaku bahagia dengan kehidupan seks mereka. – Agensi
1 Komentar untuk "PELIK TAPI BENAR: RAKYAT CHINA PALING KUAT BUAT SEKS"

IBU IDHA
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 550 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU MBAH GUNTUR
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG MBAH GUNTUR DI NO_0853_7778_4747_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
INI KISAH NYAT SAYA== call +62853 7778 4747

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info