BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

JAWAPAN SEBENAR UQASHA SENROSE TENTANG ISU PERGI KE KELAB MALAM YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA



BARU-baru ini memang ada kami dengar desas-desus yang menyatakan pelakon jelita Uqasha Senrose telah berkunjung ke sebuah kelab malam.
Lebih sensasi, ada yang mendakwa pelakon drama ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ ini berselindung dengan memakai topi dan membuka tudungnya.

Kesal dengan dakwaan yang tersebar itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, menyifatkan khabar angin itu adalah perkara yang tidak masuk akal.
“Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.
“Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini,” katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan lain, Uqasha baru melancarkan koleksi perniagaan tudung yang baru ditubuhkannya iaitu Uqasha Senrose Collection.

Tudung jenamanya itu boleh didapati secara dalam talian menerusi www.uqashasenrose.com.my dengan harga bermula RM49 sehingga RM99. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "JAWAPAN SEBENAR UQASHA SENROSE TENTANG ISU PERGI KE KELAB MALAM YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info