BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

ADA NIAT NAK BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK??BACA KISAH BENAR INI...



Kisah ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kamu yang bercita-cita atau merancang untuk m...
 Impian Berkahwin Mangsa Gempa Bumi Tidak Kesampaian
 7 Trik Menipu Dalam Peperiksaan Yang Terbaik
 Jom Kenali Personaliti Melalui Kepanjangan Jari!

Kisah ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kamu yang bercita-cita atau merancang untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata ingin kelihatan ‘tip top’ dan sempurna.

Nak Buat Pembedahan Plastik? Baca Dulu Kisah Ini!

Model malang ini dikenali sebagai Andressa Urach yang mendakwa dirinya “mati” selepas kejutan septik yang menyebabkan organnya gagal semasa prosedur suntikan paha pada bulan Disember.

Nak Buat Pembedahan Plastik? Baca Dulu Kisah Ini!

Model yang berusia 27 tahun ini berkata dia seperti berhadapan dengan kematian setelah dia dikatakan “mati” didalam wad bilik kecemasan.
“Saya tidak akan melupakannya. Berhadapan dengan kematian. Saya sedar tiada apa-apa lagi yang penting”, ujarnya sewaktu ditemuramah. “Segala-galanya saya harus tanggung sendiri, kecantikan, beg, pakaian dan kereta saya tinggalkan semuanya dibelakang. Ia adalah satu momen dimana saya mula menyedari saya tiada apa-apa, kita berada di dunia ini hanya untuk menyelamatkan jiwa kita”.
“Saya telah berikan segalanya untuk mengundurkan waktu dan lakukan sesuatu yang berbeza. Tiada siapa yang tahu apa yang saya tempuhi. Saya berada dalam kesakitan yang berterusan. Saya masih lagi berada di dalam mimpi ngeri  yang dahsyat”, ujar Urach yang merupakan salah satu model wanita Brazil yang tercantik.
Tambah Andressa lagi, “Apa yang saya lalui ini adalah balasan atas kebodohan saya”.
Terpaksa menggunakan kerusi roda, Urach berkata dia tidak mempunyai kebimbangan untuk menjalani pembedahan kerana dia sudah biasa dengan pisau sebelum ini .

Nak Buat Pembedahan Plastik? Baca Dulu Kisah Ini!
Andressa Urach sewaktu zaman kegemilangannya...

Sebelum ini, dia juga pernah merancang untuk mengeluarkan tulang rusuk untuk membuat dirinya lebih ramping dan juga kaki untuk kelihatan lebih kurus!

Semenjak bertahan dalam pembedahan yang menakutkan ini, Andressa Urach hanya fokus untuk berkongsi kisahnya untuk mengelakkan wanita diluar sana menanggung risiko hanya semata-mata untuk cantik.
0 Komentar untuk "ADA NIAT NAK BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK??BACA KISAH BENAR INI..."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info