SEMUA maklum episod hubungan cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak sudah tamat atau dengan kata lain hanya tinggal sejarah.
Namun, entah mengapa baru-baru ini Emma dilihat memuat naik status luahan rasa tidak puas hatinya menerusi laman mikro Twitter.
“Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak bercerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah PLAYBOY itu mengaku sajalah,” tulisnya.
Berdasalkan status itu, ramai sudah dapat mengagak bahawa kenyataan Emma itu sebenarnya dituju kepada Zizan.
Berkongsi cerita kepada Berita Harian, Emma mengakui terkilan dengan sikap bekas kekasihnya itu yang cuba memburukkan dirinya dengan pelbagai versi cerita negatif.
“Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja.
“Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya.
“Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama.
“Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini
“Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri,” ujar Emma.
Pada masa sama, Emma menyatakan dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan baginya tidak berguna memikirkan hal yang tidak berfaedah dan membuang masanya.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "PANAZZZ!! '' Kalau Da Playboy Mengaku Je lah'' - EMMA VS ZIZAN"