BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR: Kafe Elfira Loy Dikritik Hidang Kopi Gambar Babi



1
SEPERTI semua maklum, pelakon Elfira Loy mengorak langkah dalam bidang usahawan apabila membuka sebuah kafe yang diberi nama Lovemesevendayscafe baru-baru ini.
Namun, entah di mana silapnya kafe milik Elfira Loy tiba-tiba mengundang pelbagai kritikan daripada peminat. Semuanya berpunca apabila kopi yang dihidangkan kafe berkenaan memaparkan gambar seni berbentuk wajah babi.
Kurang-Sensitif-Kafe-Elfira-Loy-Hidang-Kopi-Gambar-Babi
Hanya kerana gambar seni itu, Elfira Loy dilabel kurang sensitif kerana tidak kisah gambar seni babi menghiasi hidangan kopi yang diminum orang Islam.
Tak pasal-pasal gambar tersebut menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminatnya yang menyifatkan ianya kurang sopan. Manakala, Elfira Loy pula dilihat mempertahankan hal tersebut.
8-Kurang-Sensitif-Kafe-Elfira-Loy-Hidang-Kopi-Gambar-Babi-ROTIKAYA
Menurut Elfira Loy, gambar tersebut hanyalah atas dasar seni semata-mata dan Islam tidak menghalang umatnya untuk melukis mahupun memandang gambar babi.
Apa yang dijelaskan Elfira Loy ada benarnya, namun tidak dinafian setiap individu mempunyai pandangan berbeza-beza mengenai hal ini. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "GEMPAR: Kafe Elfira Loy Dikritik Hidang Kopi Gambar Babi"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info