Melaka: Seorang murid lelaki mungkin terpaksa berhari raya di dalam wad hospital bagi mendapatkan rawatan susulan selepas mukanya melecur sebanyak tiga peratus akibat disambar api belerang dari mercun bola ketika bermain bersama dua lagi rakannya di Kampung Gelam, di sini, petang kelmarin.
Difahamkan dalam kejadian 5.30 petang itu rakan mangsa membuang belerang beberapa biji mercun ditemui sebelum membakarnya dan secara tiba-tiba terus menyambar ketiga-tiga mangsa.
Akibatnya Muhammad Aiman Dzulkarnain, 9, mengalami kesan melecur tahap kedua dengan
hampir tiga peratus bahagian kulit mukanya melecur selain rambut kanak-kanak itu turut mempunyai kesan terbakar.
Dua lagi rakan berusia berusia 10 dan 14 tahun turut cedera di tangan dan rambut terbakar akibat terkena haba panas.
Ibu mangsa, Fazilah Hamdan, 42, berkata, ketika kejadian dia sibuk menyiapkan juadah berbuka dan suaminya Dzulkarnain Baba, 49, tidak menyedari anak mereka bermain mercun.
0 Komentar untuk "TERKINI: MUKA MELECUR TAK SANGGUP ANDA LIHAT AKIBAT MERCUN"