SETIU – Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala bapanya cedera parah setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Tong di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.10 pagi itu, Nurul Akma Azmi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya manakala bapanya Azmi Mat, 47, cedera parah di kaki kanannya selain dua lagi anggota keluarga mereka cedera ringan.
Kereta yang dipandu Azmi dikatakan bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Muhammad Amirullah Ramlan, 21, dari arah Kuala Terengganu.
Muhammad Amirullah cedera parah pada kaki kanannya selain patah tulang rusuk manakala enam lagi anggota keluarganya cedera ringan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu DSP Idris Mohamad ketika dihubungi Bernama hari ini, mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata mayat Nurul Akma dibawa ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat dan kesemua mangsa lain turut dirawat di hospital itu. – BERNAMA
0 Komentar untuk "TERKINI: KEMALANGAN NGERI MELIBATKAN BAYI 5 BULAN YANG TAK PERNAH ANDA LIHAT"