ADOI makin menjadi-jadi nampaknya selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA, Azwan Ali ini meroyan.
Semua orang ada sahaja yang tak kena di matanya.
Kali ini terhadap sebuah agensi pengurusan umrah. Seperti semua maklum, pengacara penuh kontroversi ini sedang mengerjakan umrah buat kali kelapan.
Namun, gara-gara kelewatan bas jemaah umrah bertolak dari kota Madinah ke kota Mekah yang dinaiki, ia menjadi punca Azwan naik angin dan menzahirkan rasa tidak puas hati di media sosial.
Menerusi laman Instagram Azwan memuat naik perbualan WhatsApp bersama agensi yang membawanya ke tanah suci dan mendakwa jadual perjalanan yang diatur mendatangkan masalah dan menyusahkan dirinya.
Bagaimanapun seorang pegawai agensi umrah lain yang pernah mengendalikan Azwan di tanah suci sebelum ini, tampil menerusi Facebook memberi penjelasan tentang perubahan jadual umrah dan mendakwa ia memang amalan biasa sejak bertahun untuk bertolak sekitar jam 10.00 pagi dari Madinah ke Mekah.
“Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami.
“Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati,” ujar Samuel.
Rasanya, Azwan sepatutnya belajar lebih bersabar terutama ketika bulan Ramadan yang mulia ini.
Tambahan pula, isu ini sangatlah remeh sampai perlu dikongsikannya di media sosial seterusnya menjatuhkan nama pihak lain. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "TAK SERIK2!!! LAGI AZWAN ALI MENGAMUK DI TANAH SUCI MEKAH"