BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Rahman Dahlan Sindir Kit Siang - KES 1MDB



SUSULAN pendedahan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai pengakuan bekas pembantu editor Sarawak Report, Lester Melanyi minggu lalu nampaknya semakin sensasi.
Selepas penyebaran video pengakuan individu itu menerusi laman sosial terbongkar, pemimpin pembangkang mula gelabah mencari akal baharu bagi terus memburuk-burukkan kepimpinan negara menerusi isu 1MDB.
Terbaharu ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang turut memperleceh pengakuan Lester dengan cuba mendedahkan karakter bekas editor Sarawak Tribune itu bagi menunjukkan lelaki tersebut kononnya sebagai amat bermasalah teruk.
Tindakan ahli Parlimen Gelang Patah itu menarik perhatian Abdul Rahman yang seterusnya menyindir ‘tajam’ Penasihat DAP tersebut menerusi kenyataan terbuka disiarkan dalam laman Facebook milik beliau pada Ahad.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu malah merujuk Kit Siang sebagai seorang pemerhati terdesak yang pakar dalam mengalihkan perhatian ke arah salah dalam isu pengakuan Lester tersebut.
“Sebab itulah dia tergesa-gesa respons terhadap pengakuan berkenaan dengan cuba merosakkan keperibadian Lester padahal Kit Siang sepatutnya menyambut baik berita itu dan meminta polis menyiasat Sarawak Report.
“Malangnya dia pilih untuk abaikan pengakuan itu tetapi hina pula Lester. Dalam kes Kit Siang yang kini berusia 74 tahun dengan memori rapuh, biarlah saya sendiri ingatkan dia asal-usul kisah pengakuan berkenaan,” katanya.
Abdul Rahman menulis: “Apabila seorang rakyat Malaysia prihatin buat laporan polis mengenai video pengakuan Lester, saya diberi peluang oleh pengadu itu menonton sendiri video tersebut sebelum saya buat sidang akhbar.
“Mungkin sebab saya anggota parlimen kerajaan, pengadu itu mahu saya berkongsi cerita rancangan jahat menggulingkan kerajaan BN dan saya amat terkejut sebaik selesai menonton video pengakuan Lester tersebut.
“Lelaki yang mendakwa sebagai pembantu Claire Brown di Sarawak Report itu membuat satu tuduhan amat serius ke atas majikannya sendiri selain beberapa tokoh pembangkang untuk ‘menjenayahkan’ Najib dan 1MDB.
“Ini membabitkan tindakan Sarawak Report memalsukan dokumen dan menerima arahan daripada beberapa pemimpi pembangkang Malaysia; dan dia sendiri sebut jelas nama individu tersebut!” tegas Abdul Rahman.
“Dakwaan Lester amat serius dan menyedari rakyat Malaysia amat prihatin dengan tuduhanSarawak Report terhadap Perdana Menteri, saya memutuskan untuk dedah kepada umum dan secara terbuka minta polis siasat.
“Jika ini benar malah terbukti individu ini ada konspirasi dengan Claire dan Sarawak Reportyang mahu guling kerajaan melalui dakwaan palsu, polis mesti bertinda segera! Peliknya Kit Siang dan DAP bertindak terbalik!
“Dia dalam nada terdesak begitu mudah menggelar Lester sebagai ‘buih’ di atas bumi. Saya tidak kenali Lester secara peribadi untuk menghukum Lester walaupun dianggap buih oleh Kit Siang,” sindir Abdul Rahman.
“Tetapi mungkin apabila dinilai sebagai buih adalah alasan tepat kenapa Claire memilih Lester untuk bekerja dengan Sarawak Report bagi diupah menjatuhkan kepemimpinan Sarawak sejak sekian lama dan kini Najib pula.
“Mudah kata, hanya buih yang kenal buih lain. Namun ia berakhir ketika Claire dan Sarawak Report terus kekal jadi buih, Lester ironi keluar dan enggan diupah ‘menjenayahkan’ Perdana Menteri dengan tuduhan palsu.
“Buih di atas bumi ini seperti ditohmah Kit Siang; nampaknya sudah berdamai dengan Tuhan dan memutuskan untuk menebus dosa dirinya selama ini,” sinis Abdul Rahman lagi seperti membalas ‘paku keras’ ke atas Kit Siang.
“Biarlah kita berterus terang. Bukan mudah untuk buat pengakuan video dan melibatkan nama-nama besar. Ini melibatkan keberanian bagi seseorang sekadar bertaraf buih. Lagipun, banyak orang suka menuduh tanpa bukti.
“Tetapi mereka takut menamakan nama-nama tertentu. Ini tidak bagi Lester. Dia malah berani menamakan individu itu secara terbuka! Saya pasti Lester tahu dia akan jadi tumpuan awam dan pasti disiasat pihak polis.
“Dia sedar risiko buat dakwaan palsu boleh dikenakan saman fitnah namun dia sudah melakukannya! Kenapa? Mungkin Lester ada banyak lagi maklumat baharu untuk didedahkan kemudian? Kita kenalah tunggu dan lihat.
“Keberanian Lester menamakan individu itu menjadi sebab kenapa saya buat sidang akhbar bagi menggesa polis dan Interpol melakukan siasatan terperinci, sekali gus mengesahkan dakwaan Lester sama ada benar atau tidak.
“Saya gembira dimaklumkan pihak polis sudah memulakan penyiasatan malah difahamkan pengadu kes ini selain Lester sendiri telah beri kerjasama dengan polis. Terima kasih PDRM. Biarkanlah kebenaran terbongkar.
“Pada masa sama, saya melihat tindakan Kit Siang agak terburu-buru, tetapi sekali lagi sebagaimana kita maklum, hanya pemerhati yang berusia sahaja boleh melakukan dengan baik,” akhiri Abdul Rahman. – Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Rahman Dahlan Sindir Kit Siang - KES 1MDB"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info