BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pengusaha Homestay, Berhati-hati Dengan Lelaki Ini

Pengusaha Homestay, Berhati-hati Dengan Lelaki Ini

Pada 28 Jun 2015, saya menerima panggilan dari seorang lelaki yang menamakan dirinya Tuan Faizal dan mengakui bahawa dirinya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), baru dipindahkan ke Putrajaya dari Johor. Dia ingin menyewa rumah saya selama sebulan atau lebih

Selepas kami bersetuju dengan kadar sewa yang ditetapkan selama sebulan, dia telah mengarahkan saya untuk mengeluarkan satu resit rasmi di atas nama Tuan Faizal Ghazali (KDN) Pegawai U41 (AADK) dan pada ketika inilah saya sudah mula meragui lelaki ini.

Sewaktu pertemuan kami, dia menyatakan yang dia akan membayar dengan cek peribadi terlebih dahulu. Tetapi meminta saya memulangkan cek itu pada keesokkan harinya dan mengambil wang tunai darinya.

Lelaki itu check in di rumah tamu pada jam 3 pagi tetapi cek yang dijanjikan hanya diberikan kepada saya pada jam 7 malam selepas pelbagai alasan diberikan.

Percaya atau tidak, dia telah memberikan saya cek kosong bertandatangan serta meminta saya mengisi sendiri jumlahnya.

Pada keesokkan harinya, saya merasa tidak tenang dan meminta Supervisor Security bangunan memeriksa unit rumah tamu saya. Menurut pihak security, masih ada orang di unit itu. Difahamkan lelaki itu datang bersama dengan seorang perempuan dewasa dan juga dua orang kanak-kanak.

Saya menghubunginya untuk menuntut wang tunai seperti yang dijanjikan. Namun, lelaki itu memaklumkan bahawa dia pada masa itu berada di Putrajaya dan hanya boleh berjumpa selepas jam 2 petang.

Saya datang ke unit homesay saya dan dia terkantoi menipu apabila terserempak dengan saya di tingkat yang sama.

Sebelum saya ke sana, saya sempat menghubungi Human Resources KDN untuk pengesahan mengenai lelaki itu.

KDN menafikan mereka mempunyai pegawai yang bernama Tuan Faizal Ghazali.
Saya menunggu dari jam 2 ke jam 3, kemudian katanya jam 4, 5.30, 6 sehinggalah ke jam 6.30 petang untuk mengambil wang tunai daripadanya tetapi pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan.

Pada jam 6.30 petang, saya berjumpa dengannya dan katanya sudah memasukkan duit ke akaun saya. Tetapi tiada sebarang transaksi berlaku.

Saya meminta dia menunjukkan bukti, namun gagal. Katanya dia ada hak untuk tidak menunjukkan kepada saya.

Ekoran itu, saya mengarahkannya keluar dari homestay saya serta mereta. Penginapan satu malam sebelumnya saya tidak tuntut kerana bagi saya ialah dapatkan semula kunci dan kad akses unit saya lebih penting.

Dia menegaskan yang dia akan membayar saya RM200 untuk penginapan sebelumnya. Sebelum dia keluar, dia telah menyerahkan kembali kunci dan kad akses berserta dengan wang RM50 dan pada ketika itu saya tahu tindakan saya menghalaunya adalah tepat.









































- See more at: http://katakcomel.my/pengusaha-homestay-berhati-hati-dengan-lelaki-ini/#sthash.ULHIGiQs.dpuf
0 Komentar untuk "Pengusaha Homestay, Berhati-hati Dengan Lelaki Ini"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info