BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

KOMEN Cover LINE Cemerlang SHUKRI Yahya !!!!!



#Drama bersiri, Dia Isteri Luar Biasa (DILB) bukan sahaja melonjakkan lagi nama Shukri Yahaya, malah ia turut menyeret aktor ini ke dalam perdebatan sesetengah pihak yang berpendapat lakonannya bersama Fathia Latiff terlebih mesra sehingga dikatakan mampu merosakkan akidah terutamanya di kalangan penonton kanak-kanak.

#Ekoran rasa tidak puas hati sesetengah pihak itu, Shukri memohon maaf dan menegaskan bahawa lakonan sebegitu bukan sengaja dibuat-buat untuk mengundang sebarang kontroversi.

#“Sekiranya ada yang kurang senang dengan sesetengah adegan lakonan saya dalam drama Dia Isteri Luar Biasa, saya minta maaf,” kata Shukri Yahaya kepada Mangga Online sewaktu ditemu bual sebelum majlis prebiu media ‘Syukur Selalu Syawal’ TV3, TV9 dan Tonton 2015 di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.



#Terdapat beberapa babak yang dikatakan berlebihan di antara Shukri dan Fathia dalam Dia Isteri Luar Biasa.

#Menerusi drama terbitan Pena Creative Pictures, milik Ziela Jalil dan arahan Jamal, Shukri mendukung watak sebagai Raden Amzar dan Fathia pula sebagai Dewi Yusra.

#Walaupun DILB yang mengisi slot Akasia TV3 ini sudah tamat siarannya pada Selasa lalu, namun masih ada yang memperkatakan tentang beberapa isu yang mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.

#Antaranya mempersoalkan babak bersentuhan yang dianggap melampau di antara Shukri dan Fathia sedangkan mereka bukannya pasangan muhrim di luar cerita.

#Shukri memberikan komennya mengenai kritikan tersebut.

#“Sebenarnya banyak lagi drama lain di Malaysia yang memaparkan adegan bersentuhan seperti berpegangan tangan di antara pelakon lelaki dan wanita. Tetapi drama ini pula yang banyak dikritik.

#“Bagi saya, sebagai pelakon, saya cuba untuk hidupkan watak saya sebagai suami kepada watak Fathia. Ia dilakonkan sebegitu untuk menampakkan chemistry di antara pasangan suami isteri seperti yang diperlukan oleh skrip cerita ini.

#“Apabila berada di set penggambaran, bukan saya yang menentukannya. Pengarah yang tentukan apa yang perlu pelakon buat di hadapan kamera.

#“Bagaimanapun, kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Saya terima teguran orang ramai dan mungkin selepas ini saya akan cuba kurangkannya,” ujar Shukri lagi.

#Gandingan Shukri dan Fathia sebagai hero dan heroin dikatakan serasi.

#Apabila ditanya, apakah pengalaman seperti ini membuatkan Shukri akan lebih berhati-hati dan meletakkan syarat-syarat tertentu jika syarikat penerbitan mahu mengambilnya berlakon, dia memberikan jawapannya.

#“Tidak. Selama ini, saya tidak pernah meletakkan syarat bagi mereka yang mahu mengambil saya berlakon.

#“Saya sendiri yang menilai sama ada watak yang ditawarkan itu ok atau tidak.

#“Memang, sebagai lelaki bujang, saya rasa tidak menjadi hal jika saya melakonkan sesetengah babak itu.

#“Tetapi, jika dirasakan ia di luar batasan dan terlebih, awal-awal lagi saya akan menolaknya,” jelas Shukri.

Mangga Online
0 Komentar untuk "KOMEN Cover LINE Cemerlang SHUKRI Yahya !!!!!"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info