Bukit Beruntung: Minum arak, terbabit dadah dan berzina menjadi ‘makanannya’ sejak berusia 14 tahun, malah seorang remaja wanita berusia 19 tahun sudah dua kali melahirkan anak luar nikah.
Remaja itu, Syeera, 19, (bukan nama sebenar) yang kini ditempatkan di rumah pemulihan dan kebajikan di sini, mengaku terjebak selepas termakan pujukan rakan sebaya selain gemar bersosial.
“Ketika rakan lain fokus belajar di sekolah, saya pula sibuk mencari jalan untuk keluar dan ponteng sehingga hanyut tanpa mengenal dosa.
“Keluarga hidup susah dan ibu hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah stesen minyak. Tekanan hidup akibat kemiskinan ini menyebabkan saya cuba membebaskan diri dengan jalan salah,” katanya.
Menurutnya, ibu bapanya bercerai ketika dia baru berusia dua tahun.
0 Komentar untuk "KISAH BENAR: HIDUP BERZINA DEMI SESUAP NASI"