JITRA – Hasil bedah siasat bayi dikerat enam yang ditemui di dalam tangki najis rumah di Kampung Manggol, dekat sini, semalam mendapati mangsa sudah pun meninggal dunia ketika dilahirkan serta ada kesan hirisan daripada objek pipih dan tajam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Rahim Abdullah berkata, enam bahagian yang dikerat itu adalah kepala, bahagian depan dada, bahagian tepi dan belakang dada, bahagian abdomen, kaki dan tangan kiri.
Menurutnya, polis masih mencari saki baki bahagian tangan dan kaki yang belum ditemui lagi manakala siasatan lanjut mendapati jantina bayi itu adalah perempuan.
“Senjata yang digunakan untuk mengerat mangsa belum ditemui. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. –myMetro Online
0 Komentar untuk "KEJAM!!! BAYI DIKERAT 6 DALAM TANGKI TANDAS"