CHINA – Seorang model dari Colombia yang merupakan pengacara sebuah program di televisyen dan terkenal sebagai pemain bola sepak, Juliana Lopez, 22, kini berdepan hukuman mati kerana memiliki dadah yang diletakkan di dalam laptop.
Ketika kejadian, Juliana berada di Guangzhou untuk membeli barang untuk diletakkan di butik miliknya.
Juliana kemudiannya telah terputus hubungan dengan keluarganya ketika berada di situ.
Bimbang dengan keselamatannya, keluarga Juliana telah memaklumkan kepada kedutaan Colombia di China.
Tidak lama kemudian pihak berkuasa di China mengesahkan bahawa Juliana ditahan kerana menyeludup dadah. Tidak diketahui jenis dadah yang ditemui itu namun polis memberitahu ia dalam kuantiti yang banyak.
Keluarga dan rakan-rakannya kini menjalankan kutipan wang bagi mendapatkan peguam terkenal untuk mewakili Juliana di China. Mereka juga mahu keluarganya terbang ke negara itu bagi memberikan sokongan kepada Juliana yang juga pelajar di Universiti San Buenaventura.
Siasatan yang dijalankan oleh polis China dijangka mengambil masa antara enam bulan dan dua tahun. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "APA MODEL CANTIK INI TELAH LAKUKAN SEHINGGA DIHUKUM BUNUH..JOM BACA SETERUSNYA..PASTI BUAT ANDA TERKEJUT"