BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

APA DAH JADI??? (4GAMBAR) RUSUHAN BERLAKU DI PLAZA LOWYAT


PASUKAN Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berkawal dekat Plaza Low Yat selepas kejadian rusuhan di Bukit Bintang malam tadi. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga individu cedera selepas sekumpulan lebih 100 lelaki merusuh berhampiran Plaza Low Yat di sini, malam tadi.
Rusuhan bermula berhampiran sebuah hotel di sini apabila kumpulan berkenaan mula menyerang seorang daripada mangsa menggunakan topi keledar dan beberapa objek lain.
Beberapa anggota polis cuba menyelamatkan mangsa dan terpaksa mengeluarkan senjata untuk menghalang perusuh daripada menyerang mangsa, tetapi tidak berjaya.
Pada masa sama, sekumpulan 20 lelaki memasuki sebuah bangunan berhampiran dan melepaskan kemarahan dengan memecahkan pintu kaca premis berkenaan.
Polis mengarahkan kumpulan perusuh beredar pada jam 12.40 pagi.
Sehingga kini, polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), masih berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

SEMUA laluan berhampiran Plaza Low Yat termasuk Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang dikosongkan sehingga keadaan benar-benar selamat. - Foto NSTP























































Semua laluan berhampiran Plaza Low Yat termasuk Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang dikosongkan sehingga keadaan benar-benar selamat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, mengesahkan keadaan kembali terkawal dan polis mengarahkan pemantauan secara penuh di semua kawasan berhampiran Bukit Bintang.
"Saya juga ingin menegaskan supaya semua pihak tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan yang meminta orang ramai supaya turun ke sesuatu lokasi disebabkan masalah perkauman
0 Komentar untuk "APA DAH JADI??? (4GAMBAR) RUSUHAN BERLAKU DI PLAZA LOWYAT "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info