BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

ANAK SAUDARA NAK SAMAN CHEF WAN PULAK DAH!!!!!


AHLI keluarga chef selebriti Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengambil keputusan ingin menyaman beliau di atas tindakannya memuat naik gambar mereka di laman Instagram baru-baru ini.
Salah seorang anak saudara Chef Wan, Muhd Nazmi Khalid berkata dia akan meminta peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan maaf kepada bapa saudaranya itu selain memadamkan gambar yang dimuat naik tersebut.


Memetik laporan Malaysia Gazette, Muhd Nazmi berkata, “Saya dan ahli keluarga lain sudah sepakat untuk menyaman Chef Wan dan berharap kes ini dapat diselesaikan segera. Kami akan memberi tempoh dalam seminggu untuk dia meminta maaf secara terbuka dan padam semua gambar tersebut.
“Kami sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan perangai Chef Wan. Sebelum ini, dia selalu tulis status kutuk kami pemalas tetapi letak gambar lain tapi kali ini dia sudah melampau.
“Apatah lagi di dalam gambar itu ada wanita yang terdedah aurat. Kalau hendak maki atau tegur pun tidak perlulah letak gambar tersebut,” katanya.
chef wann
Muhd Nazmi sebelum ini menerusi akaun media sosialnya menyatakan gambar yang dimuat naik itu adalah pada pagi hari raya kedua dan bukannya pada Satu Syawal seperti mana dikemukakan Chef Wan menerusi entrinya itu.


Menurut Muhd Nazmi kesemua ahli keluarga tidur dalam keadaan kepenatan selepas sehari suntuk letih melayan tetamu dan peminat Chef Wan yang datang berkunjung ke kediaman keluarga di Sungai Koyan, Raub, Pahang.
Nak tahu apa respons Chef Wan mengenai tindakan anak saudaranya yang ingin menyaman dirinya, nah baca sendiri kenyataan yang dikeluarkan Chef Wan menerusi Instagramnya:
ig
ig1
ig2
Nampaknya makin panas isu ni..  Bila dah masuk mahkamah memang akan ‘terlondehlah’ kisah-kisah luar dalam yang selama ini mungkin menjadi rahsia di antara kalangan keluarga mereka sendiri sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "ANAK SAUDARA NAK SAMAN CHEF WAN PULAK DAH!!!!!"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info