BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

VIDEO + GAMBAR: BANJIR LUMPUR DI KOTA BELUD DAN RANAU YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA


SEBUAH rumah yang hampir siap dalam pembinaan terjatuh ke dalam sungai di Kampung Mesilau, Kundasang hari ini. - Foto ihsan pembaca BH

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Ranau dan Kota Belud tengah hari ini meningkat kepada 941 orang daripada 199 keluarga daripada 409 orang daripada 99 keluarga, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata, kesemua penduduk yang terjejas ekoran banjir telah ditempatkan di empat pusat pemindahan masing-masing dua di Ranau dan dua di Kota Belud.
Katanya, di Ranau, Dewan Mini Kundasang menempatkan 228 mangsa manakala 522 orang dipindahkan ke Dewan Masyarakat Ranau.
“Pusat pemindahan Dewan Tun Said di Kota Belud masih mengekalkan jumlah mangsa yang sama seperti pagi tadi iaitu 28 orang daripada 10 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini
Sementara itu Mohd Affendi berkata 163 orang daripada 41 keluarga penduduk kampung Marakau di Kota Belud turut menjadikan Dewan Marakau sebagai alternatif kepada pusat pemindahan sementara di daerah itu.
“Semua penduduk di kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur mahupun banjir kilat dinasihatkan berpindah. Ketika ini pihak bomba masih melakukan pemantauan di kawasan sekitar,” katanya lagi. – BERNAMA


0 Komentar untuk "VIDEO + GAMBAR: BANJIR LUMPUR DI KOTA BELUD DAN RANAU YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info