BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

UPDATE!!!! Gambar Dan Video Pesawat Hercules C-130 Milik TNI AU Terhempas

1
Sebuah pesawat tentera jenis Hercules telah terhempas di sebuah kawasan perumahan awam di Kota Medan, Sumatera Utara sekitar jam 11.50 pagi semalam waktu tempatan.

Siaran stesen televisyen tempatan melaporkan pesawat itu terhempas di atas puluhan rumah awam di Royal Gardenia, Jalan Letjen Jamin Ginting, KM 9, Padang Bulan dan setakat ini 10 mayat dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan dibawa ke Rumah Sakit Adam Malik di Medan.
Pesawat Hercules A1310 jenis C-130 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) membawa 12 penumpang dan dilaporkan terhempas setelah beberapa minit berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo, Kota Medan.
Pesawat itu dikendalikan juruterbang Kapten Sandy Permana dari Skuadron 32 Abdul Rahman Saleh, Malang, Jawa Timur dan antara nama pegawai dalam pesawat itu ialah Lt Udara Pandu Setiawan dan Lt Dian Sukma P.
Pembantu juruterbang ialah Kpt Riri Setiawan, Juru Radio Udara Bambang H, Juru Mesin Ibnu Kohar, serta dua pegawai muda Andik S dan Pelda Parijo.
“Jumlah korban mungkin banyak dan kerja-kerja mencari masih diteruskan dan setakat ini api yang membakar pesawat telah dipadamkan,” seorang petugas pasukan keselamatan dipetik sebagai berkata dalam sebuah siaran berita televisyen.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi pihak berkuasa dan TNI AU mengenai tragedi ini.
Pada tahun 2005 sebuah pesawat komersial Mandala Airlines berjenis Boeing 737-200 yang membawa 112 penumpang dan lima anak kapal terbabit, terhempas dan dan meletup di tempat yang sama.
Kepala Staf Komando Daerah Militer (Komdam) I Bukit Barisan Brig Jen TNI Cucu Sumantri menyatakan kesemua anak kapal pesawat itu terkorban dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.
Pesawat itu menuju ke Tanjung Pinang, Kepulauan Riau dan membawa tentera dari Pangkalan Udara Soewondo, Medan, Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma (Jakarta) dan dari Pangkalan Udara Ranai di Natuna, Kepulauan Riau.
“Para perajurit hendak menjalankan misi rutin pergantian personel untuk pertahanan pangkalan di Tanjung Pinang,” katanya.

Gambar Dan Video Pesawat Hercules C-130 Milik TNI AU Terhempas

Gambar Dan Video Pesawat Hercules C-130 Milik TNI AU Terhempas

23465789























See more at: http://katakcomel.my/gambar-dan-video-pesawat-hercules-c-130-milik-tni-au-terhempas/#sthash.8s83t2lV.dpuf

1 Komentar untuk "UPDATE!!!! Gambar Dan Video Pesawat Hercules C-130 Milik TNI AU Terhempas"

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info