MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk meminda Kanun Keseksaan bagi mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri (marital rape).
Menurutnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah mengkaji peruntukkan berkaitan marital rape (rogol dalam perkahwinan) dan telah dibentangkan semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 pada 12 Julai 2006.
“Berdasarkan kajian dan dapatan yang telah dibentangkan oleh Jawantankuasa Pilihan Khas tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan peruntukkan yang berkaitan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
“Persetubuhan antara suami isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuatkuasa tidak boleh dianggap sebagai rogol.
“Sehingga kini belum ada lagi cadangan untuk memindanya,” kata Nancy dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut Nancy, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri dengan tujuan mengadakan hubungan seks merupakan satu kesalahan.
“Hukuman bagi kesalahan ini ialah pemenjaraan tidak melebihi lima tahun,” katanya memetik Rakyat Post. – MYNEWSHUB.CC
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ini Stalk Facebook Bekas Isterinya Dan Temui Sesuatu Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ini Stalk Facebook Bekas Isterinya Dan Temui Sesuatu | Dah masuk 3 tahun…
Kejadian Seram Ketika Gadis Ini Mandi Di Sungai Sempat Dirakam Kejadian Seram Ketika Gadis Ini Mandi Di Sungai Sempat Dirakam | Seorang gadis berusia awal 20-an yang sedang …
LELAKI GILA SEKS!!! BUDAK 2 TAHUN DIROGOL INDONESIA - Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemui dalam belukar, dipercayai dirogol sebelum…
» Gadis ini berkahwin dengan ular tedungSeorang wanita yang jatuh cinta dengan seekor ular dilaporkan menikahi reptilia tersebut pada sebuah upacara perkawinan …
Suspek Yang Cuba Merogol Gadis Melayu Di Stesen Petronas Rawang Dikesan Suspek Yang Cuba Merogol Gadis Melayu Di Stesen Petronas Rawang Dikesan | Seorang wanita berusia 30-an mendakw…
loading...
0 Komentar untuk "Tiada istilah rogol dalam perkahwinan"