BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Respon Ibu Kandung Kepada Kanak-Kanak Yang Didera Hingga Patah Tulang Belakang

Respon Ibu Kandung Kepada Kanak-Kanak Yang Didera Hingga Patah Tulang Belakang

Fizikal mangsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara Zulkifli sangat memilukan apabila wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Lebih menyedihkan, kepalanya luka terkoyak, belakangnya pula membongkok dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.

Perangai anaknya yang diberikan nama timangan Yaya yang sebelum ini seorang yang aktif dan periang berubah menjadi pasif, pendiam dan antisosial.

“Ketika melihat keadaan Yaya yang serba daif, hancur luluh hati saya. Bayangkan, saya sendiri sudah tidak cam itu anak saya,” rintihnya.

Ibu kandung kepada kanak-kanak malang itu, Sana Abdul Malek mendakwa ketika mahu bercerai pada 2013, bekas suaminya meletakkan syarat mahu menjaga Nur Zuliana Zaara yang merupakan anak tunggal mereka.

Sejak daripada itu, dia hanya berpeluang bertemu Nur Zuliana Zaara sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas bekas suaminya itu berkahwin lagi.

“Apabila menelefon bertanyakan khabar, bekas suami kata Yaya tidak mahu bercakap atau berjumpa dengan saya. Yaya sekarang seronok sebab dapat ibu baru.

“Memandangkan kami masing-masing sudah berkahwin lain dan mempunyai kehidupan baharu, saya tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Lebih-lebih lagi bekas suami memberi jaminan Yaya kini dijaga dengan baik,” kata Sana.

Namun, ibu tiri mangsa yang berusia 20-an menghubunginya dan memberitahu pasangan itu tidak mahu lagi menjaga Nur Zuliana Zaara beberapa hari yang lepas.

“Mereka mahu menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada saya. Ketika menyerahkan Yaya, bekas suami dan isterinya itu tidak bersemuka dengan saya. Mereka menggunakan jiran sebagai orang tengah.

“Hati saya mula tidak sedap sebaik sahaja melihat Yaya dalam keadaan lemah, berjalan bongkok dan kurus kering. Dia juga enggan bercakap,” katanya.

Semasa tiba di rumah, dia membuka baju dan terkejut melihat badan Yaya penuh dengan kesan lebam, parut dan luka di pelbagai tempat.

































- See more at: http://katakcomel.my/respon-ibu-kandung-kepada-kanak-kanak-yang-didera-hingga-patah-tulang-belakang/#sthash.yC0Xsvpe.dpuf
0 Komentar untuk "Respon Ibu Kandung Kepada Kanak-Kanak Yang Didera Hingga Patah Tulang Belakang "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info