gambar hiasan
Kajang: Kemuliaan bulan Ramadan sedikitpun tidak dihiraukan puluhan remaja liar yang menganjurkan perlumbaan haram ‘rempit Ramadan’ awal pagi semalam.
Kumpulan remaja belasan tahun termasuk pelajar sekolah itu dikesan seakan ‘berpesta’ di Lebuhraya Grand Saga berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Dukung di sini.
Mereka dilihat mempamerkan lagak berbahaya dengan memecut motosikal pada kelajuan yang tinggi selain berlumba dengan melawan arus jalan.
Perlumbaan kian meriah apabila beratus penunggang motosikal dilihat berkumpul di kawasan itu untuk melihat perlumbaan haram.
Kegiatan itu bagaimanapun digempur sepasukan anggota polis diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang Deputi Superintendan Azmi Wahid yang melakukan operasi bermula jam 12 tengah malam semalam.
sumber:mymetro
0 Komentar untuk "''Pesta Remaja'' Bulan Ramadan ???"