BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Perogol Hanya Dikenakan Hukuman Baling Kasut.. Gila!



INDIA – Hanya baling kasut sebanyak lima kali. Itu hukuman ringan yang dikenakan ke atas dua lelaki kerana merogol seorang remaja berusia 15 tahun dalam kejadian yang mengejutkan ramai.
Hukuman ringan itu diputuskan oleh jawatankuasa penduduk di Haryana selepas mendapati dua lelaki terbabit bersalah.
Keadaan ini menyebabkan keluarga mangsa tidak berpuas hati dan membuat laporan polis dengan mendakwa jawatankuasa berkenaan cuba melindungi pesalah daripada dikenakan hukuman berat.
Kejadian rogol itu berlaku pada 12 Mei lalu di sebuah pekan kecil di Zakopur ketika mangsa sedang mengambil air di sebuah perigi.
Setelah merogol mangsa, kedua-dua lelaki terbabit telah mengugut untuk membunuh remaja perempuan tersebut jika dia mendedahkannya kepada orang lain.
Mangsa bagaimanapun memberitahu keluarganya menyebabkan dua lelaki itu dibawa ke jawatankuasa penduduk yang dikenali sebagai panchayat, bagi menghukum pelaku jenayah itu.
Kes tersebut ini dalam siasatan polis dan ia turut mengakibatkan kemarahan orang ramai yang mahu pihak berkuasa bertindak segera dan memberikan keadilan kepada mangsa rogol.
Menurut rekod, 25,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun di India, di negeri di mana penduduknya adalah seramai 1.2 bilion.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Perogol Hanya Dikenakan Hukuman Baling Kasut.. Gila!"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info