BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Penyanyi “Kun Anta” Diaibkan Rakyat Malaysia,Ini Fakta Yang Ramai Tidak Tahu

 
Baru-baru ini kecoh di laman sosial dengan kehadiran penyanyi lagu “Kun Anta” iaitu Humood Al-Khudher di majlis perkahwinan Juara Pelamin Fantasia Syawal dan Fiqa. Humood dijemput ke majlis itu untuk menyanyikan lagu popularnya”Kun Anta”. Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, semasa Humood menyanyikan lagu itu kelihatan hadirin menari bercampur lelaki dan perempuan.

Kenapa ini harus terjadi?

-Humood ini merupakan menantu kepada ulama yang termasyhur iaitu, Dr Tareq As-Sweidan.

Apa kaitan Dr Tareq ini dengan perkara yang mengaibkan ini?

-Dalam satu sidang media, berlaku temubual antara Humood dan Dr Tareq sesudah Humood baru mendirikan rumah tangga dengan anak perempuan Dr Tareq ketika itu.

Dr Tareq berkata tentangnya :
“Humood adalah seorang yang beradab serta mempunyai akhlak yang soleh. Semoga Allah menjadikan keseniaan yang beliau miliki bermanfaat untuk Ummah.

Ayah beliau merupakan orang yang sangat baik, saya sangat rapat dengan ayahnya. Kami juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah islam dan daripada situlah kami menyusun anak-anak kami untuk bersatu menjadi satu keluarga yang baik..”

Jadi, post ini bukanlah untuk memaksumkan beliau, tetapi supaya orang yang seperti beliau dihormati kedudukannya dan tidak sewenang-wenangnya ‘digunakan’ ke arah yang tidak baik dan juga untuk tidak menghilangkan rasa ‘respect’ mertuanya kepadanya.

Semoga Allah merahmati kita.

Mohon sebarkan artikel ini agar semua rakyat Malaysia dapat mengambil pengajaran. Jika tidak reti nak hormat diri sendiri, tolonglah belajar untuk hormat orang lain. SHARE!
0 Komentar untuk "Penyanyi “Kun Anta” Diaibkan Rakyat Malaysia,Ini Fakta Yang Ramai Tidak Tahu"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info