BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Kerana Skirt Pendek, 2 Wanita Dihalang Masuk SUK Selangor


Sebelum ini, ada pihak tidak berpuas hati setelah seorang wanita diarahkan untuk menyarungkan kain batik ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ramai yang menyalahkan agensi kerajaan terbabit yang dikatakan kononnya bias dan sengaja memalukan individu tersebut.
Hari ini, kejadian hampir sama berulang apabila dua wanita dihalang untuk memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) Shah Alam.
Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, seorang wartawan dan seorang pembeli rumah dari Klang yang mempunyai urusan di situ dilarang untuk masuk kerana skirt mereka.
11351272_866647833432032_6860654685839668338_n
Kedua-dua mereka diarahkan untuk memakai sarung oleh pengawal keselamatan kerana menganggap skirt mereka terlalu singkat.
Dalam reaksinya di laman Facebook, Charles berkata, “Kenapa perlu periksa bahagian kaki wanita. Kenapa pengawal keselamatan perlu melihat kaki wanita?
“Adakah ini peranan baru pengawal keselamatan?”
Lantas, dia menggesa agar Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk menarik kembali dasar peraturan tersebut.
– MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Kerana Skirt Pendek, 2 Wanita Dihalang Masuk SUK Selangor"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info