BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

KEJAM: Akibat Tamak, Lelaki Dibunuh & Dicampak Dalam Gua



China – Akibat tamak, seorang lelaki mati dalam keadaan ngeri dengan diracun dan dicekik sebelum mayatnya dibuang dalam gua.
Lelaki itu, Wang, 45, dibunuh oleh lelaki yang diugutnya iaitu Tan.
Kejadian berlaku selepas Wang yang menyaksikan Tan terlibat dalam kes langgar lari pada bulan Disember lepas, telah mengugut lelaki itu.
tan
Selain meminta duit, Wang turut melampaui batas dengan merogol isteri Tan sebanyak tiga kali jika tidak mahu rahsia Tan melanggar seseorang dengan motosikalnya didedahkan.
Akhirnya selepas lama bersabar, Tan yang bengang dengan Wang telah meminta bantuan adik tirinya Cheng untuk membunuh lelaki itu.
Mereka telah mengajak Wang keluar minum sebelum memberi wain mengandungi racun kepada Wang dan selepas racun berkenaan mula meresap dalam badan mangsa, Tan dan Cheng kemudiannya mencekik Wang.
Mayat lelaki itu dibuang ke dalam sebuah gua di kawasan pedalaman di Guangxi.
Mayat Wang ditemui pada 31 Mei lalu oleh penduduk setempat selepas ibu Wang membuat laporan bahawa anaknya hilang.
Susulan penemuan mayat itu, Tan bersama dengan Cheng dan isterinya telah menyerah diri kepada polis.
Mereka kini ditahan di balai polis dan kes masih dalam siasatan.



0 Komentar untuk "KEJAM: Akibat Tamak, Lelaki Dibunuh & Dicampak Dalam Gua"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info