BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

INI ANGKARA SAPA NE??? Akhbar Australia Dakwa Mara Terlibat Dalam Penipuan Hartanah



Anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Inc. didakwa telah membayar pihak pemaju bagi sebuah apartmen di Melbourne sebanyak A$4.75 mil (RM13.68 mil) lebih daripada nilai sepatutnya, menurut akhbar Australia, The Age, hari ini.
Bangunan bernama Dudley House itu digunakan untuk menempatkan 115 penerima biasiswa Mara yang sedang melanjutkan pelajaran di Univerisiti Monash.
Laporan itu menerangkan bahawa pemaju berwarganegara Australia dan usahawan daripada Malaysia pada awalnya menjual apartmen tersebut pada harga A$17.8juta, sebelum meningkatkan nilai hartanah itu kepada A$22.5 juta secara tiba-tiba.
Harian Australia itu berkata invois menunjukkan tambahan A$4.75 juta yang telah dibayar bagi perkhidmatan yang tidak wujud, termasuk “nasihat profesional” dan “yuran perundingan dan nasihat”.
“Rekod Korporat mendedahkan bahawa firma-firma di sebalik invois palsu berkait rapat dengan beberapa tokoh-tokoh berpengaruh Malaysia, termasuk seorang pegawai tinggi MARA,” tulis The Age.
Hartanah tersebut telah dibeli melalui syarikat sedia ada Kepulauan Virgin Britania.
Pemaju dilaporkan menghantar kembali A$4.75 juta ke Malaysia.
Akhbar tersebut telah menghubungi pegawai rasmi Mara melalui telefon tetapi individu itu tidak dapat memberikan maklumat yang tepat mengenai urusan jual beli Dudley House itu.
Menurut The Age lagi, “Beliau berkata beliau terlibat dalam penubuhan syarikat-syarikat luar pesisir di kawasan-kawasan perlindungan cukai sebagai cara ‘mudah’ menjual harta yang dibeli oleh kerajaan Malaysia”.
Akhbar itu turut menulis bahawa panggilan telefon kepada seorang pegawai Mara yang juga bekas ahli politik telah terputus serta-merta apabila persoalan mengenai pengetahuan beliau mengenai sebarang aktiviti sogokan seperti yang didakwa itu diajukan.
Selain itu, akhbar itu juga menyatakan bahawa pemaju Melbourne, Peter Mills, telah ditanya dalam kes mahkamah sivil sama ada wang berjumlah A$4.75 juta yang dijana oleh Dudley House itu telah digunakan sebagai “wang kopi” di luar negara, dan beliau menjawab “Ya, saya fikir begitu”.
Mills juga memberitahu akhbar itu bahawa ‘perjanjian’ itu adalah rasuah.
Laporan itu juga ‘mengheret’ satu lagi pemaju yang terlibat dalam urus niaga kontroversi itu, iaitu Kristus Dimitriou.
Dalam kenyataannya, Kristus mendakwa, “Apa yang saya tahu,  jumlah A$4.8 juta tersebut telah berada di tangan pihak di Malaysia”.
Laporan eksklusif berdasarkan siasatan lapan bulan oleh Fairfax Media (pemilik The Age) yang berjaya mengesan aliran wang yang mencurigakan, fail mahkamah dan rekod korporat untuk merungkai persoalan mengapa harga pembelian Dudley House begitu tinggi.
The report also said “Malaysian officials from Mara have also used other shelf companies in Singapore, which is also regarded as a tax haven, to purchase properties in Queens Street and Exhibition Street in Melbourne’s CBD for around A$40 million (RM115mil)”.
Laporan itu juga menyatakan bahawa, “Pegawai-pegawai Malaysia dari Mara juga telah menggunakan syarikat sedia ada lain di Singapura, yang juga dianggap sebagai tempat berlindung cukai, untuk membeli hartanah di Queens Street dan Exhibition Street di daerah kewangan antarabangsa Melbourne sebanyak kira-kira A$40 juta (RM115 juta)”. – Petikan The Borneo Post


0 Komentar untuk "INI ANGKARA SAPA NE??? Akhbar Australia Dakwa Mara Terlibat Dalam Penipuan Hartanah"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info