KUALA LUMPUR: Seorang pemandu pelancong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang guru yang dikenalinya melalui laman sosial, bulan lalu.
Khairul Faizi Abu Bakar, 29, didakwa merogol dan pada masa sama menyebabkan kecederaan kepada guru berusia 34 tahun itu di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini pada 4.45 petang, 11 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Khairul Faizi juga mengaku tidak bersalah mencuri barang kemas iaitu dua bentuk cincin, seutas gelang tangan, seutas rantai dan sebentuk loket milik mangsa pada 5.07 petang, di lokasi dan tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau kemudian boleh dikenakan penjara atau denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping tidak menawarkan wang jaminan atas alasan tertuduh telah memukul mangsa dan menyebabkan kecederaan.
Hakim Azman Mustapha menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.
- BERNAMA;">
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
Kemalangan Ngerii.. Malang Tidak Berbau.. Tangan Pemuda ini Termasuk Dalam Mesin Penggiling.. Lihat Tangannya Selepas Dikeluarkan. Utamakan keselamatan anda semasa ditempat kerja.. pemuda ini secara tiba-tiba tangannya termasuk dalam mesin menggiling…
Ditembak Mati Selepas Terima Bunga, Coklat BULACAN – FILIPINA. Seorang ratu cantik negara itu ditembak mati selepas membuka pintu untuk menerima jambangan bunga…
Dunia Pelik..34 Tahun Seorang Lelaki Hidup Bersama Buaya.. Lihat Gambar Beliau dan Buayanya Disini.. Setakat hari dan saat ini, kebiasaannya orang akan membela ayam,lembu,kambing atau kucing sebgai haiwan pelihara..tapi …
5 perkara yang anda perlu buat bila masuk rumah baru Gambar hiasan | Google Images Amalan semasa berpindah ke rumah baru, sama ada rumah sewa yang sudah lama ditinggalk…
KEJAM!!! Satu Keluarga Maut Disembelih Perompak MEDAN – Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah akibat dikelar seorang …
loading...
0 Komentar untuk "Guru dirogol kenalan internet"