BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR: Budak 11 Tahun maut tercampak


Ledang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas kenderaan dinaiki terbalik dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan dia tercampak keluar dalam kemalangan di Kilometer 150.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Pagoh, dekat sini, semalam.

Kemalangan pada jam 9.37 pagi itu menyebabkan Dinie Izz Haiqal Ahmad Marzuky, parah di bahagian kepala termasuk patah tangan dan kaki kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu turut menyebabkan pemandu kereta Perodua Myvi Aiman Aizuddin Ghazali, 19, serta lima penumpang parah sebelum dikejarkan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan kecemasan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama lima ahli keluarganya sedang dalam perjalanan untuk bercuti dari Selangor ke Mersing.

Bagaimanapun, kenderaan dinaiki hilang kawalan ketika mengelak sebuah kenderaan lain yang memotong secara tiba-tiba ke bahagian hadapan.













- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55515#sthash.lPnbSX2j.dpuf


0 Komentar untuk "GEMPAR: Budak 11 Tahun maut tercampak"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info