Sekadar gambar hiasan |
SS pun sukar mempercayai dakwaan itu kerana artis terbabit alim dan menjaga auratnya.
Apa yang mengejutkan, artis terbabit seolah-olah menganggap perkara itu bukan masalah besar dengan beraninya menunjukkan bahan berkenaan kepada rakan-rakannya.
Namun apa yang dihairankan, suatu ketika dulu tersebar khabar angin kurang enak yang mengatakan artis itu pernah skandal dengan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.
SS pasti artis terbabit menyedari bahan yang dimilikinya itu berisi kandungan lucah yang sememangnya diketahui boleh merosakkan akhlak.
Apatah lagi artis itu membawa imej alim dan sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada peminat khususnya golongan muda.
Bahan lucah bukan saja meruntuhkan nilai moral, tetapi juga bertentangan dalam Islam.
Nasihat SS kepada artis, sebaiknya mendalami semula agama dan hayati nilai ajaran Islam serta menyedari kekurangan diri sendiri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55169#sthash.hcvDxM12.dpuf
0 Komentar untuk "Artis jaga aurat gemar layan bahan lucah"