BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

AMIR BACKUP AZWAN ALI


AMIR BACKUP AZWAN ALI



#Isu perang laman sosial antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan Azwan Ali rasanya masih berlarutan. Pada pemerhatian kami , ramai yang menyokong tindakan Sharnaaz menyelar sikap Azwan yang sempat berselfie di majlis istiadat penghormatan dan penerimaan jenazah mangsa nahas MH17. Yang membela Azwan pula rasanya tiada.....

#Bagaimanapun satu kejutan hari ini apabila seorang pelawak tampil dengan kenyataan seakan mendedahkan sikap sebenar Azwan Ali atau mahu dikenali dengan panggilan Diva AA. Beliau adalah Amir Raja Lawak. Mungkin Amir tergerak hati untuk berikan pendapatnya setelah Azwan teruk dikecam peminat gara-gara gambar selfie berkenaan....



#Amir Raja Lawak akhirnya dedah sikap sebenar Azwan Ali? Menerusi laman Instagram, Amir telah memberikan pandangannya mengenai Azwan Ali. Menurut Amir, Azwan Ali antara ramai-ramai selebriti yang memohon semua selebriti lain untuk bertafakur dengan sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa nahas MH370 dalam satu acara yang pernah disertainya. Berikut adalah petikan penuh komen dari Amir Raja Lawak....

#Kadang-kadang kita mudah nampak keburukan orang lain sehingga menutup semua kebaikan yang pernah dilakukannya. Tapi bagaimana pula dengan Azwan Ali atau Diva AA? Berdasarkan kepada komen-komen yang ammboi terbaca, mereka memang tak suka dari atas sampai kebawah kalau sebut nama Azwan Ali.. Sampai macam tu sekali ker....?





kdrt:astrolawatini
0 Komentar untuk "AMIR BACKUP AZWAN ALI"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info