BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Amaran Nazri Aziz Dibalas TMJ Dengan Ngauman Harimau?



TAK lama selepas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar tidak mencampuri urusan politik negara, TMJ dilihat seolah-olah membalas kenyataan tersebut di media sosial.
Menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers semalam, satu klip video berdurasi 0:17 minit yang dimuat naik memaparkan TMJ memberi isyarat tangan ketika lensa kamera difokuskan kepadanya.
Walaupun tidak mengucapkan apa-apa, namun masyarakat luar membuat telahan bahawa tindakan tersebut merupakan reaksi TMJ kepada kritikan yang dibuat Nazri.
Klip bermula dengan kamera merekodkan TMJ sedang berehat di atas kerusi. Tak lama selepas itu, TMJ menoleh ke arah perakam sebelum membuat isyarat ‘Marilah’, sambil tepat merenung lensa.
Rakaman tersebut dimula dan diakhiri dengan bunyi ngauman hariman, simbolik kepada Harimau Selatan yang menjadi ‘signature’ kepada pasukan bola sepak Johor.
Sehingga jam 1 tengah hari tadi (Ahad), video tersebut telah mendapat jumlah ‘likes’ lebih 21 ribu dan ribuan perkongsian.
nazri aziz
Sabtu lalu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak itu memberi amaran kepada Tengku Mahkota Johor agar menjauhkan diri dari politik atau akan menerima padah.
“Tunku sepatutnya menjarakkan diri daripada isu politik kerana jika tidak Tunku boleh dilayan sama seperti undang-undang rakyat biasa dan kami boleh ‘belasah’ dia.”
Ia susulan kritikan yang dibuat TMJ terhadap ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu program sama dengan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Amaran Nazri Aziz Dibalas TMJ Dengan Ngauman Harimau?"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info