BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

VIDEO:Pelajar Dipaksa Bogel Untuk Lulus Peperiksaan


San Diego – Bagi kebanyakan pelajar, peperiksaan akhir bukan sahaja memeningkan malah memberikan satu tekanan. Namun bayangkan jika syarat untuk lulus peperiksaan ialah dengan berbogel, tentutnya ia lagi menyakitkan kepada dan hati.
Tambahan lagi pelajar terbabit bukan sahaja terpaksa berbogel di depan rakan-rakan sekelas tetapi juga terpaksa melakukannya di hadapan profesor.
Keadaan ini dialami oleh pelajar di Universiti California, yang memerlukan mereka berbogel untuk peperiksaan akhir tahun bagi kelas seni visual.
naked
Selain berbogel, mereka juga terpaksa bercakap dan melakukan gerakan yang erotik.
Keadaan ini menambahkan kegusaran kepada ibu bapa pelajar terbabit yang kemudiannya membuat bantahan.
Menurut salah seorang ibu kepada pelajar terbabit, anak perempuannya berasa jijik apabila satu kelas termasuk profesor mereka berbogel ketika peperiksaan.
“Syarat tersebut tidak dibuat dengan jelas ketika permulaan kursus dan ini adalah satu penyelewengan,” katanya.
Dalam pada itu, Profesor Ricardo Dominguez mempertahankan tindakannya dan memberitahu dia tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara berkenaan sejak mengajar di situ 11 tahun yang lalu.
“Ia merupakan standard kepada persembahan seni badan. Jika mereka tidak selesa dengan keadaan ini, mereka tidak sepatutnya mengambil kursus ini,” katanya.
– MYNEWSHUB.CC



0 Komentar untuk "VIDEO:Pelajar Dipaksa Bogel Untuk Lulus Peperiksaan"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info