BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

VIDEO: Suami Isteri, Bayi 6 Bulan Maut Angkara MyVi Berlumba



HARI ini Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan yang sungguh menyayat hati.
Sepasang suami isteri beserta bayi mereka yang baru berusia enam bulan menjadi korban satu kemalangan ngeri membabitkan kereta Pajero Sport dan Perodua Myvi di Lebuhraya Duke arah Damansara, awal pagi tadi.
Kereta Pajero Sport yang dinaiki mangsa dilaporkan terbalik dan mengakibatkan tiga beranak itu tercampak keluar lalu meninggal dunia serta merta.
Menurut saksi kejadian, kemalangan berlaku gara-gara enam buah kereta Perodua Myvi berlumba sesama mereka di lebuh raya pada waktu berkenaan.
11173407_10203239885312361_1806666251889505352_n (1)10360466_10203239887792423_7586779746866115473_n (1)11174882_10203239885072355_2942179689239263687_n (1)11203696_10203239888632444_1640058652110485008_n (1)11209708_825619847531850_8541811531649710949_n (1)11206118_10203241882042278_1564308081894278938_n (1)
Setakat ini, sebuah Perodua Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram tersebut telah ditahan namun, lima buah lagi telah melarikan diri dan diminta menyerah diri di balai polis berhampiran.

Keenam-enam Perodua Myvi terbabit dipercayai merupakan ahli Myvi Familia Club.

Pasangan suami isteri yang terkorban meninggalkan dua anak perempuan.
Al-fatihah buat kesemua mangsa.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE

0 Komentar untuk "VIDEO: Suami Isteri, Bayi 6 Bulan Maut Angkara MyVi Berlumba "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info