BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Rakyat China Buat Kecoh, Raba Tugu Wanita Bogel



China – Memalukan.. nampaknya rakyat China bukan sahaja dikritik di luar negara akibat sikap mereka yang memalukan ketika melancong, sebaliknya mereka juga tidak terlepas daripada kritikan ketika melancong dalam negara sendiri.
Insiden terbaru melibatkan sekumpulan lelaki rakyat China yang dirakamkan meramas payudara patung bogel yang menjadi tugu di kawasan pelancongan terkenal di Huaqing Pool dekat bandar Xi’an.
Gambar itu telah viral di media sosial dan ia dilakukan oleh beberapa lelaki yang bergilir-gilir untuk bergambar di patung Yang Guifei, iaitu isteri kepada Maharaja Xuanzong pada zaman dinasti Tang.
Yang merupakan salah seorang daripada empat wanita tercantik pada zaman purba China.
Selepas gambar itu tersebar, pengguna media sosial menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak senonoh dan kurang ajar.
Bagaimanapun lelaki terbabit mempertahankan tindakan mereka dan memaklumkan bahawa penjaga pusat pelancongan itu membenarkan mereka berbuat demikian.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Rakyat China Buat Kecoh, Raba Tugu Wanita Bogel"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info