BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pondan Thailand Belasah Pelancong Tolak Tawaran Seks



SEORANG pelancong dari Ireland cedera di kepala akibat dipukul oleh pondan di Thailand gara-gara menolak perkhidmatan seks yang ditawarnya.
Michael Merry dilaporkan didekati oleh Wichai Sripalang sekitar jam 3 pagi ketika sedang berjalan di pekan di Pattaya, Thailand.
boy
Jurucakap polis, Piyapong Ensan berkata, wanita transgender itu mendekati Michael dan menawarkan perkhidmatan seks tetapi tawaran itu tidak diendahkan.
Michael kemudiannya menolak Wichai kerana mendakwa dicabul oleh pondan itu.
Hal ini membuatkan Wichai memukul Michael di kepala dengan kasut tumit tingginya sehingga berlumuran darah.
ad_167985988
Difahamkan, insiden berpunca daripada perbuatan Wichai yang tetap ‘menggatal’ dengan memeluk dan mencabul Michael selepas ajakannya tidak diendahkan, sekaligus membuatkan dia ditolak hingga jatuh ke tanah.
Gara-gara ketelanjurannya itu, Wichai disaman dan bakal berdepan tindakan undang-undang.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Pondan Thailand Belasah Pelancong Tolak Tawaran Seks"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info