BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Penghidap Anorexia Kini Jadi Model



London – Seorang gadis yang pernah menghidap anorexia dan hanya makan sebiji epal sahaja dalam sehari hingga tubuhnya kurus kering dan menampakkan tulang rangka, kini menjadi seorang model selepas berjaya mengatasi penyakit berkenaan.
Megan Armer, 22, juga hampir maut setelah mengalami penurunan berat yang ketara hingga 25 kilogram, iaitu menyamai berat seorang kanak-kanak berusia enam tahun.
aneroxia
“Sejak di sekolah rendah, saya sering diejek dan digelar hodoh kerana memiliki badan yang berisi menyebabkan saya menjadi rendiri diri,” katanya.
Akibat dibuli secara berterusan, Megan mula mengambil jalan singkat untuk menurunkan berat badan dengan mendadak termasuk tidak makan dan mengambil julap. Ia menyebabkan Megan terpaksa menjalani pembedahan usus.
Megan juga dimasukkan ke wad psikiatrik selama dua setengah tahun untuk membantunya mengatasi penyakit berkenaan.
Kini Megan telah sihat sepenuhnya dan dia juga turut menjalani pembedahan membesarkan payu dara untuk menambahkan keyakinan dirinya.
“Ketika saya menghidap anorexia, saya hanya mahu mengecilkan badan tetapi selepas menandatangani perjanjian dengan agensi modeling, ia meningkatkan keyakinan saya,” katanya.
0 Komentar untuk "Penghidap Anorexia Kini Jadi Model"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info