Kuala Lumpur: Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United Kingdom selepas didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.
Tertuduh dikenali sebagai Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London didakwa didakwa memiliki 1,156 video dan selebihnya imej pornografi kanak-kanak yang sebahagiannya paling keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.
Nur Nordin yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.
Memetik laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pasukan penyiasat curiga selepas mendapati akaun milik lelaki itu memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.
Apabila polis menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park di London, mereka mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.
Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka menyiasatalat-alat elektronik milik tertuduh.
Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman.
Pegawai penyiasat, Konstabel Sara Keane berkata, Nordin didakwa memiliki dan berkongsi beberapa gambar yang paling melampau yang pernah dilihat oleh polis di negara itu.
"Kes ini amat mengerikan kerana tertuduh bukan saja memiliki gambar itu malah memuatnaik untuk tontonan orang ramai," katanya. - Mirror.co.uk
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
TERKINI!!! KEBAKARAN DI KAWASAN AREA PETAGAS, SABAH Hati-hati kepada pemandu semua.sila gunakan jalan altenatif lain.Nantikan berita seterusnya. …
Lelaki Di Kecam Kerana Memilik Isteri Cantik Jelita Hanya kerana memiliki seorang isteri yang jelita, seorang lelaki dari wilayah Hebei, China menjadi mangsa kecaman p…
Jom Lihat Bagaimana Polis Thailand Menangani Pelumba Haram 425 bikers were lined up and on the streets of Bangkok and arrested for illegal street racing. Here are some pics from…
Jom Lihat Perubahan Gadis Gemuk Jadi Gadis Cantik Dan Seksi Welsh midwife and fitness model Claire Crowther tipped the scales at 88 kg (at 5ft 3), she was a "comfort eater"…
Fakta Mengenai Industri Filem Luc@h Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Some Facts about the P#rn Industry You Might Not Know …
loading...
0 Komentar untuk "Pelajar genius Matematik negara simpan 30,000 gambar lucah kanak-kanak"