BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Patung BOGEL Jadi Tarikan Pelancong.

SATU arca seni yang memaparkan seorang lelaki berlutut dalam keadaan berbogel terpaksa ditarik balik daripada pameran seni di Prievidza, Slovakia, baru-baru ini.
Ini kerana penduduk sekitar kawasan pameran itu mengatakan arca patung itu adalah sesuatu yang kurang senonoh untuk dipertontonkan kepada orang awam.
Disebabkan itu, pihak polis telah diarahkan untuk menarik balik arca itu daripada ditayangkan oleh galeri seni terbabit.
Arca itu direka oleh Marek Ormandik dan susulan tindakan menarik balik itu, pengurus galeri menyelar tindakan penduduk sekitar yang disifatkannya sebagai tidak mengetahui nilai-nilai seni yang cuba disampaikan oleh seniman tersebut.
“Kami sedang melakukan pameran seni untuk Marek Ormandik dan memang kami sengaja letakkannya di luar kawasan galeri.
“Bagi saya, arca itu adalah suatu karya seni yang sangat bernilai. Ianya sangat menjengkelkan apabila terdapat sesetengah pihak yang tidak dapat melihatnya daripada sudut seni yang cantik,” katanya.
Galeri itu boleh dikenakan saman sebanyak RM134 kerana telah menggangu ketenteraman penduduk sekitar.
Menurut jurucakap polis, Vit Zajac, arca itu terpaksa dialihkan bukan disebabkan unsur seksual sebaliknya kerana pengurus galeri tidak mendapat kebenaran daripada majlis perbandaran terlebih dahulu untuk meletakkan karya seni itu di luar bangunan galeri. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMIN
0 Komentar untuk "Patung BOGEL Jadi Tarikan Pelancong."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info