BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pakar Motivasi Gelar Kumpulan Search Hantu! Ini Reaksi Amy..



BETULLAH ungkapan pepatah, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.
Dalam kontroversi terbaru membabitkan dunia hiburan tempatan, kumpulan lagenda rock tanahair, Search telah dikritik dan dituduh ‘hantu’ oleh seorang pakar motivasi.
Menggunakan akaun motivasilukman.com di Facebook, Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Muhammad Lukman Al-Hakim Muhammad telah menggunakan perkataan kasar itu bagi menggambarkan pandangannya terhadap Search sehingga mengundang kritikan ramai.
kumpulan-search
Ia bermula setelah Lukman memuat naik satu status Facebook bagi memberi komen mengenai sambutan Hari Belia 2015 yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.
Tulisnya, “Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya.” 
Apa yang menjadi pertikaian, apabila Lukman kemudiannya memuat naik sekeping foto yang memaparkan kumpulan Search secara terang dan nyata.
Kumpulan popular era 90-an itu sememangnya telah dijemput untuk membuat persembahan pada hari terakhir karnival berkenaan, Ahad lalu.
Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati ramai peminat Search yang melihat isu tersebut sebagai tidak rasional untuk dikaitkan.
Tak lama selepas itu, Lukman mengambil keputusan untuk memadamkan status berkenaan namun, ia sudah terlambat.
Amy kemudiannya bertindak memuat naik ‘screen captured’ status berkenaan di laman Instagramnya dan menulis kapsyen yang betul-betul menusuk kalbu. Nah, bacalah sendiri..
Bersama bait-bait lirik lagu Meniti Titian Usang, Amy turut menyelitkan nasihat kepada Lukman. Tulisnya,
“Apakah jika lagu-lagu yang ku syairkan itu dapat menggembira hati mereka dan dijadikan sebahagian perjalanan hidup mereka untuk berjaya itu satu dosa?
“Jangan dihina belia-belia itu kerna mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yang punya cita.
“Tutur kata seorang pakar motivasi itu seharusnya indah lagi mulia.”
Untitled (2)
Semalam, Lukman telah memaklumkan bahawa dia akan bertemu sendiri dengan pelantun lagu Isabella itu untuk memohon maaf.
Namun, berita lanjut berkenaan pertemuan tersebut masih belum dimaklumkan.
Apa-apapun, tindakan Lukman harus dipuji kerana berani mengakui kesilapannya dan diharapkan, dia tidak mengulanginya lagi.
Kalaupun ingin menyatakan pandangan, seharusnya ia tidak mengguris hati mana-mana pihak. Bak kata pepatah, ‘ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak’.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
0 Komentar untuk "Pakar Motivasi Gelar Kumpulan Search Hantu! Ini Reaksi Amy.."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info