Kajang: Seorang pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar diberkas anggota Jabatan Imigresen Selangor ketika sedang leka menonton filem lucah di kediamannya di Taman Mesra, Jalan Ehsan Setia, Batu 13 di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa yang melakukan operasi di kawasan itu.
Lelaki terbabit yang bersendirian di dalam sebuah bilik diberkas untuk pemeriksaan lanjut.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Mohd Sayuti Ayub berkata, suspek kelam-kabut menutup tayangan filem lucah di televisyen menggunakan alat kawalan jauh.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen sah kerana pasport miliknya tidak mempunyai sebarang catatan perjalanan keluar masuk ke negara ini.
“Lelaki itu antara 42 individu yang ditahan dalam Ops Selera dan Ops Pintu yang dijalankandi dua lokasi di Batu 13 dan sebuah kondominium di Taman Unipark Suria, di sini.
“Kami menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kehadiran ramai warga asing di kawasan ini,’ katanya.
Beliau berkata, serbuan kedua dilakukan di sebuah kondominium di Taman Unipark Suria dan pihaknya menahan 42 warga asing membabitkan warga
Bangladesh (8), Myanmar (26), Yaman (2), Somalia (2), Oman (1), Chad (1) dan Nigeria (1) berusia dari 18 hingga 44 tahun.
“Dalam serbuan itu, pihak kami mengesan beberapa warga asing menyalahgunakan kad UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian).
Mereka yang memegang kad itu tidak dibenarkan bekerja di negara ini.
“Semua individu ditahan dibawa ke depoh tahanan sementara di Kompleks PKNS Shah Alam,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49801#sthash.Ezh5LeU3.dpuf
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
PUNCA SEBENAR KENAPA DS ROSMAH DIPILIH SEBAGAI FIRST LADY NO.2 PALING CANTIK DI ASIA Disebalik kelembutan dan sifat kasih sayang yang dimiliki oleh isteri kepada Perdana Menteri, Datin Dri Rosmah Mans…
TEGURAN PEDAS DARI USTAZ BUAT MENTERI SEORANG NE LIDAHNYA TERKELU.... KUALA LUMPUR – Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditegur agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis p…
HIMPUNAN TAYANG PAYUDARA BERAMAI - RAMAI (3 GAMBAR) RATUSAN wanita Kanada melakukan demonstrasi dalam keadaan ‘telanjang’ dada sebagai protes terhadap tindakan polis san…
KANTOI!!! Isteri Curang Dengan Lelaki Lain..apa yang berlaku seterusnya...Lihat Video ini SEORANG Tentera Laut Amerika Syarikat yang teruja dibenarkan pulang lebih awal daripada tugasan untuk menemui keluarg…
WOW!! GAMBAR CIKGU PUTERI AISYAH YANG BUAT ANDA TERKEJUT...LIHAT GAMBAR SETERUSNYA... Tersebar di laman sosial kononnya ayah seorang pelajar sekolah menghantar surat cinta mengorat Cikgu Ai…
loading...
0 Komentar untuk "Leka tonton filem lucah sampai tak sedar.."