TANGGAL 24 Mei semalam merupakan tarikh ulangtahun pertama perkahwinan pasangan kontroversi Hollywood Kim Kardashian dan Kanye West.
Berkongsi rasa sentimentalnya dengan anniversary pertama mereka, Kim memuat naik beberapa keping gambar ‘terlampau’ di laman Instagram bagi menunjukkan perasaan cintanya yang tidak berbelah bahagi terhadap rapper tersebut.
Menulis “I love this man so much. Happy Anniversary baby!“, Kim berkongsikan gambar mereka bercium dan bercantum lidah.
Selain Kim, adiknya, Khloe turut mengucapkan tahniah buat kakaknya itu dengan memuat naik foto Kanye sedang memeluk punggung Kim.
Ibu Kim, Kris Jenner pula meletakkan video pasangan yang digelar Kimye itu sedang menari lagu All of Me nyanyian John Legend pada majlis resepsi mereka tahun lalu.
Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata iaitu North West ini berkahwin di lokasi cantik di Florence, Itali pada 24 Mei 2014.
Sebelum ini, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemain bola keranjang, Kris Humphries namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 72 hari sahaja.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Kim K Kongsi Gambar ‘Terlampau Panazzz’ Sambut Ulangtahun Perkahwinan"