BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Kalau dah ajal...

Alor Gajah: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas terkena serpihan pokok rhu yang di panah petir di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, 8.20 pagi tadi.
Difahamkan ketika kejadian, cuaca di pantai terbabit cerah dan berangin sebelum satu dentuman kuat dipercayai petir memanah pokok rhu di pantai terbabit.

Menurut sumber, kanak-kanak terbabit bersama keluarganya bercuti di pantai berkenaan bersama-sama rakan dari Klang, Selangor.

Katanya, kanak-kanak terbabit dipercayai berada di depan chalet penginapan sambil menunggu keluarga untuk mandi di pantai itu.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan lengan kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supertendan Mohd Ismail Muhamad Yusuf mengesahkan mengenai kejadian itu.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49920#sthash.hrN5GL4B.dpuf
0 Komentar untuk "Kalau dah ajal..."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info