BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Iran Haramkan Gaya Rambut Ala-Ala Homoseksual, Syaitan



KERAJAAN Iran mengetatkan lagi undang-undang dibawah akta anti barat dengan mengharamkan rakyatnya memotong gaya rambut tercacak dan rambut berbulu.
Ini berikutan gaya rambut ini mempunyai unsur-unsur yang boleh mengalakkan ke arah homoseksual dan pemujaan syaitan.
180113tgzdn9omt52o5to3_82768540_iranhairafp180107lg506i61jgh4x67j
Mencacah tatu dilarang di Iran
Mencacah tatu dilarang di Iran
Larangan ini juga melibatkan gaya kecantikan yang sangat popular diamalkan di negara Barat seperti mencacah tatu dan mencabut bulu kening.
Sebelum ini, pihak berkuasa di sana juga pernah mengharamkan gaya ponytail dan mulletskepada rakyatnya.
Menurut Russia Today, gaya rambut terpacak kini sangat popular dalam kalangan remaja Iran mengakibatkan pihak berkuasa memutuskan untuk melarang gaya tersebut kerana disifatkan tidak islamik dan mengikut budaya Barat.
Difahamkan, pengusaha salon dan kecantikan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan ini akan dikenakan hukuman berat termasuk menarik balik lesen perniagaan. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Iran Haramkan Gaya Rambut Ala-Ala Homoseksual, Syaitan"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info