BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Ibu Kejam! Bunuh, Kerat Mayat Anak Sakit Mental



MICHIGAN – Rasakan, mungkin hukuman penjara seumur hidup mungkin ke atas wanita warga emas yang berusia 61 tahun ini dapat mengajarnya erti belas ihsan dan peri kemanusiaan.
Ini kerana dosa yang dilakukan oleh Donno Scrivo amat berat, membunuh anak lelakinya yang mengalami masalah mental dan kemudian mengerat mayat tersebut dengan gergaji elektrik sebelum membuangnya di satu kawasan.
Pada mulanya Donna menipu dengan membuat laporan polis bahawa anaknya, Ramsay Scrivo, 32, hilang dari rumah pada Januari 2014.
Namun semuanya terbongkar apabila polis menemui lima beg mengandungi bahagian badan Ramsay. Turut ditemui ialah gergaji elektrik dalam beg terbabit.
Ramsay dibunuh selepas Donna memberinya dadah sebelum mencekik anaknya itu.
Apabila mayat itu ditemui, Donna menipu dengan menyatakan bahawa penyerang telah memasuki rumah mereka sebelum membunuhnya dan memaksa Donna menolong untuk membuang mayat berkenaan.
Donna kemudiannya mengaku membunuh anaknya itu kerana mendakwa Ramsay tidak mahu makan ubat untuk penyakit mentalnya dan turut bertindak ganas.
Ramsay sebelum ini menetap bersama bapanya namun selepas lelaki itu meninggal dunia, Donna telah diberikan hak penjagaan anaknya.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Ibu Kejam! Bunuh, Kerat Mayat Anak Sakit Mental"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info