BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Bapa Rogol Anak BEBAS Dengan Wajah Gembira!!!!



KECOH jadinya apabila Mahkamah Rayuan Kuching, Sarawak baru-baru ini memutuskan seorang tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong dibebaskan atas alasan tiada bukti berlaku penetrasi zakar.
Tertuduh, 60 tahun dibebaskan daripada hukuman asalnya selepas mahkamah rayuan mendapati empat sabitan kes rogolnya ‘tidak kukuh’, Khamis minggu lalu.
Berikutan itu, ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut yang membuktikan undang-undang sivil kini tidak mampu membela mangsa.
Menurut rekod siasatan, Bunya didapati bersalah merogol gadis berusia 14 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu.
Jenayah seksual yang dilakukan tertuduh mengakibatkan mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.
Bunya bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah rayuan atas alasan dia hanya memasukkan jarinya yang berlumur air mani ke dalam faraj mangsa dan bukan melalui penetrasi zakar.
Ini kerana undang-undang sivil di Malaysia menyatakan penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol meskipun ujian DNA membuktikan anak yang dilahirkan mangsa adalah darah daging Bunya.
Kes ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berpendapat undang-undang seksual perlu dipinda segera bagi mengikut perkembangan masyarakat masa kini.
Nancy juga berharap agar agensi-agensi berkaitan mengkaji semula peruntukan undang-undang termasuk mengklasifikasikan semula pengertian rogol dan juga bahan lucah termasuk pornografi kanak-kanak.
“Sekiranya agensi gagal untuk menyelaras, ramai orang dewasa yang tidak bertanggungjawab akan berjaya melepaskan diri dengan menggunakan kelemahan dalam undang-undang.
“Secara peribadi, saya berasa sangat sedih apabila mendengar keputusan mahkamah yang membebaskan perogol yang merogol mangsa bawah umur. Sudah tiba masanya tindakan pindaan dibuat,” katanya.
Gambar Bunya yang dirakam selepas selesai keputusan perbicaraan dibacakan oleh mahkamah turut mendapat perhatian ramai.
Raut wajah Bunya yang tersenyum riang kegembiraan seolah-olah meraikan kemenangannya sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelan.
Memang sudah tiba masanya lompang undang-undang yang wujud dan dikesan melalui kes ini diperbaiki segera agar tidak akan ada mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang sama dapat terlepas pada masa hadapan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
0 Komentar untuk "Bapa Rogol Anak BEBAS Dengan Wajah Gembira!!!!"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info