BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Bapa Maut Dihentak TV, Meja Oleh Anak Sendiri

SEORANG warga emas yang parah selepas kepalanya terkoyak akibat dihentak televisyen dan meja kecil oleh anak lelakinya Ahad lalu, meninggal dunia jam 9.40 malam tadi.
Mangsa, Tahar Mohammad, 73 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
“Suspek sudah ditahan pada hari kejadian dan kita masih menyiasat kes ini termasuk rekod kesihatan suspek berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai masalah mental,” katanya.
Selain itu, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.
Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama anaknya itu di Kampung Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu dihentak ketika sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen kira-kira jam 6.30 pagi.
– MYNEWSHUB.CC

Related Post

  • GILA!!! Tikam Hingga Pengsan Georgetown: Seorang pemandu bas Rapid Penang parah apabila ditikam di paha oleh seorang penumpang wanita yang marah sel…
  • Kemalangan: Enam Keluarga Terbunuh.. Memetik daripada laporan mymtero enam keluarga dalam perjalanan balik ke kampung sempena Hari Raya Adilidha telah te…
  • Rakam Aksi Mandi Bogel Memetik daripada pilihananda: IPOH - Seorang ahli perniagaan dikenakan wang jaminan RM28,000 di Mahkamah Majistret …
  • Nak Seluar Dalam Bulawayo (Zimbabwe): Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, d…
  • REMAJA: Tayang Aksi Melampau Inilah akibatnya apabila taman rekreasi disalahgunakan oleh para remaja untuk memuaskan nafsu mereka, bayangkanlah a…
0 Komentar untuk "Bapa Maut Dihentak TV, Meja Oleh Anak Sendiri"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info