Siasatan polis berhubung kes helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April lepas, turut menjurus kepada kedudukan kewangan juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier.
"Kita akan melihat beberapa aspek terutama sekali aktiviti dia, hobi atau sama ada dia mempunyai sebarang masalah termasuk kewangan...perkara ini boleh menjejaskan prestasi dan fokus dalam kerjayanya," kata Noor Rashid.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata terdapat kemungkinan masalah kewangan yang dihadapi juruterbang berkenaan menjadi punca nahas sehingga mengorbankan kesemua penumpangnya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan upacara sembahyang khas oleh anggota dan pegawai polis beragama Hindu, bersempena Peringatan Hari Polis ke-208, di Kuil Sri Kandaswamy, Brickfields.
Noor Rashid berkata siasatan terhadap nahas helikopter itu terbahagi kepada dua iaitu polis akan melihat dari aspek sama ada wujudnya unsur kecuaian, sabotaj atau unsur lain.
Selain itu, polis juga akan melihat dari segi teknikal bagaimana helikopter itu terhempas sehingga mengakibatkan enam terkorban, katanya.
"Pemeriksaan forensik memerlukan masa...kita juga telah mengesan saksi termasuk mengambil keterangan daripada keluarga mangsa.
"Kesemua mayat telah dituntut dan kita memerlukan laporan teknikal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan perlu dianalisa semula," katanya.
Noor Rashid berkata polis akan memanggil semula saksi bagi memberi keterangan baharu selepas menerima laporan teknikal tersebut.
Dalam kejadian tersebut, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-IGB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.
Selain Fournier, turut terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.
sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/helikopter-semenyih-polis-siasat-status-kewangan-juruterbang-noor-rashid-58099?cp - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2015/04/polis-siasat-status-kewangan.html#.VTN1idyUdGk
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
2 FOTO Sultan Johor bersama gadis-gadis korea dari kumpulan T-ARA undang kejutan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memang terkenal dengan personaliti bersahaja beliau dan disenangi rakyat jelat…
Kedai Gambar Dikerumun Lelaki, Upah Gadis Berbikini Tukang Cuci CHINA – Sebuah kedai kamera di bandar Taiyuan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan iaitu dengan mengupah…
Ahli Perniagaan Ditetak 8 Lelaki Ketika Hadiri Majlis Birthday GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan cedera ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika menghadiri majlis …
ARTIS KANTOI SEDANG BERSEDAP DI HOTEL RAKAMAN PENUH VIDEO ARTIS KANTOI SEDANG BERSEDAP DI HOTEL TERSEBAR - Seorang artis mengaku sengaja mengajak teman lela…
Gadis Rakam Video Lelaki Melancap Di Perhentian Bas RAKAMAN video aksi tidak senonoh seorang lelaki berusia 20-an yang melancap di perhentian bas kini menjadi bahan lawa…
loading...
0 Komentar untuk "Polis Siasat Status Kewangan Juruterbang Helikopter Semenyih "