Penyanyi kumpulan rock Search, Amy (Suhaimi Abdul Rahman), berkahwin kali pertama pada 1983. Ketika itu Search telah pun wujud tetapi belum merakamkan sebarang album.
Jadi, perkahwinan Amy yang tidak dikenali ramai ketika itu tidaklah mendapat sebarang publisiti. Amy (25 tahun) berkahwin dengan Faridah Fadzil (18 tahun) pada 1983. Mereka dikurniakan cahaya mata, Nabila Huda (lahir pada 1984). Perkahwinan Amy & Faridah tidak bertahan lama. Mereka bercerai pada 1985, tahun yang sama Search mengeluarkan album pertama, Cinta Buatan Malaysia, yang popular dengan lagu Kejora.
Menurut sumber dari blog Arkibnegara, tercatat dalam sejarah industri muzik bahawa tempoh Amy bergelar duda buat kali pertama (1985-1990) ialah zaman gemilangnya bersama Search. Lagu-lagu Search paling popular seperti Rozana, Fantasia Bulan Madu, Gadisku & Isabella dikeluarkan dalam tempoh tersebut.
Terlalu banyak kejayaan Search yang dicapai dalam tempoh tersebut kalau ingin diceritakan kesemuanya. Nama Amy menjadi sebutan ramai peminat muzik di Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei. Secara peribadi, Amy menambah satu lagi kejayaan buat dirinya apabila dia akhirnya menamatkan zaman duda dengan berkahwin buat kali kedua.
Amy (32 tahun) berkahwin dengan pramugari MAS, Noorliza Abdul Latiff (22 tahun), pada September 1990. Perkahwinan mereka bertahan sehingga Oktober 1994 tanpa mendapat sebarang cahaya mata. Selepas bercerai, Noorliza mendapat tawaran berlakon dan pernah muncul sebagai watak tambahan dalam filem Litar Kasih (1996).
Tempoh duda Amy buat kali kedua tidak lama. Hanya lebih kurang 8 bulan selepas bercerai, Amy (36 tahun) berkahwin pula dengan Roslisa Ahmad (24 tahun) pada Jun 1995. Roslisa dilaporkan pernah bergelar Miss Singapore 1990. Amy & Roslisa dikurniakan cahaya mata, Irisha Myra (lahir pada 1997), dan mereka bercerai pada 2000.
0 Komentar untuk "Perkahwinan Amy Search 1990,1995 & 2003 (4 Gambar)"