Beluran: Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.
\
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.
“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.
“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.
Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.
"Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’
“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
"Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.
“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk pemeriksaan,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45971#sthash.767gjdRG.dpuf
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
PADAH !!! GELOJOH SEBAR FITNAH PALSU KeTika rakyat di beberapa negeri berdepan dengan musibah banjir, akaun dan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, …
GEMPAR: AHLI KELUARGA TERIMA SMS KAPAL AIRASIA QZ8591 SELAMAT MENDARAT Ahli keluarga kepada penumpang pesawat AirAsia QZ 8501 yang dilaporkan hilang atau terputus hubungan denagn menara kaw…
SISTEM TV D CHINA MENGATAKAN PESAWAT QZ8501 SUDAH DIJUMPAI Agensi Berita Nasional Indonesia Antara melaporkan pesawat AirAsia QZ8501 telah terhempas kira-kira 145 kilometer dari…
PANAZZZZ !!! BLACK DISAMAN RM 500 RIBU??? Penyanyi yang memulakan karier dari program realiti Mentor, Black telah dilaporkan bakal disaman oleh seorang pengurus…
GILA SEKS:REMAJA LANGGAR PERINTAH LARANGAN SEKS TERHADAP KANAK-KANAK Seorang remaja yang mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak yang - hanya satu bulan dalam tempoh percubaan bagi ke…
loading...
0 Komentar untuk "'Hadiah' suami nikmati tubuh sepupu"