MIRI - Seorang wanita Perancis menjadi mangsa buli samseng jalanan apabila beliau diserang dan dipukul oleh seorang wanita yang marah selepas mangsa menjerit agar berhenti mengundurkan kereta kerana bimbang ibunya yang berdiri hanya beberapa inci di belakang kereta wanita itu dilanggar.
Menurut sumber, dalam kejadian pada jam 11.00 pagi di tempat letak kereta Krokop sini, wanita Perancis 44 tahun itu bersama dengan ibunya sedang membuka but kereta mereka untuk meletak barang-barang yang telah dibeli di pasar. Sebuah kereta parkir berhampiran mereka tiba-tiba mengundur dan hampir terlanggar ibu mangsa.
Terkejut dengan kejadian itu, wanita itu terus menjerit terhadap pemandu kereta berkenaan agar berhenti mengundurkan kenderaannya.
Tetapi jeritan wanita Perancis itu menyebabkan pemandu wanita terbabit berang.
Sambil melangkah keluar dari keretanya, pemandu wanita itu terus meludah mangsa sebelum memukulnya menggunakan payung cap ayam di bahagian dahi.
Seorang pemandu wanita (baju biru) yang lain menyaksikan kejadian itu cuba meredakan keadaan namun tidak berjaya.
Sekali lagi wanita itu cuba menenangkannya dan meminta dia memohon maaf kepada dua wanita Perancis, namun tidak diendahkan.
Wanita itu sebaliknya memilih untuk terus marah dan memandu pergi dari tempat kejadian.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang dengan payung. Kereta mangsa juga turut dihentak sehingga calar.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang dengan payung. Kereta mangsa juga turut dihentak sehingga calar.
Bagaimanapun, mangsa berjaya mengambil gambar keretanya dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Miri pada hari yang sama.
Polis kini sedang menyiasat kes itu.
0 Komentar untuk "Video: Road Bully, Makcik Pukul Pelancong Perancis Guna Payung"